Random Posts

Zikir Pembuka Rezeki

“Barang siapa memperbanyak Istighfar maka Allah akan 

membebaskannya dari kedukaan, dan memberinya jalan 

keluar bagi kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah 

yang tidak diduga-duga.”


(Riwayat Abu Dawud
)

.




Fadhilat membaca penghulu istighfar :

Dari Syaddad bin Aus ra. dari Rasulullah saw. bersabda: Penghulu istighfar ialah "Allahumma anta……".  Sesiapa yang membacanya dengan penuh keimanan waktu petang dan mati pada malam itu, maka masuk syurga.  Demikian juga siapa yang membacanya waktu pagi dan mati pada hari itu masuk syurga. (HR. Bukhari)

Terdapat banyak kelebihan istighfar jika amalan ini dilakukan secara istiqamah dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Antara kelebihannya adalah:

1. Allah akan melapangkan dirinya dari segala kesusahan, dan melepaskannya daripada segala tekanan dan akan dikurniakan rezeki tanpa bisa dikira banyaknya.

2. Sesiapa yang beristighfar sebanyak 70 kali, nescaya Allah akan menghapuskan daripadanya sebanyak 700 dosa.

3. Sesiapa yang mengerjakan kejahatan, atau menganiayai dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada Allah ,nescaya ia akan mendapati Tuhan itu Maha Pengampun, Maha Pengasihani.(Surah An Nisa' : 110)

4. Tuhan tidak akan menyiksa mereka, selama mereka beristigfar. (Al Anfal: 33)

5. Mendekatkan diri kepada Allah dan mendapat keberkatan dan melorong jalan untuk menuju kepada segala macam kebajikan sama ada di dunia atau di akhirat .

6. Mengurniakan pemberian yang baik kepadanya sehingga ke waktu yang ditentukan ( Surah Hud : Ayat 3) (Imam Habib Abdullah Haddad, 1981 : 232-235)

Seperti amalan selawat, amalan istighfar yang dilakukan secara berterusan juga akan membersihkan hati yang penuh dengan zulmah hawa nafsu dan secara tidak langsung menyelesaikan kemelut hati dan kehidupan. Contohnya istighfar telah menyelesaikan kemelut Nabi Yunus A.S apabila baginda ditelan oleh ikan Nun . Nabi Yunus A.S dicampakkan oleh Allah Taala ke dalam laut kerana baginda masih ada ajalat (sifat-sifat mendahului qodo' Tuhan). Allah Taala memelihara nabiNya daripada sifat-sifat ajalat ini dengan membenarkan ikan Nun menelan Nabi Yunus A.S. Nabi Yunus A.S beristighfar untuk memohon keampunan daripada Allah Taala iaitu :

Ertinya: 'Tiada Tuhan melainkan Engkau, maha suci Engkau, sesungguhnya aku daripada golongan orang yang menzalimi dirinya.'(Surah Al Qalam : 87)

Sel-sel nabi Yunus yang maksum kemudiannya dibersihkan daripada sifat-sifat ajalat. Selepas itu barulah doanya diperkenankan oleh Allah Taala.

Nabi Muhammad SAW yang maksum juga sentiasa beristighfar iaitu sebanyak 70 kali sehari. Istighfar Nabi Muhammad SAW adalah untuk memperakui kehambaannya kepada Allah Taala dan membersihkan segala sel-selnya daripada segala rasa 'Ada Diri' atau 'Rasa Keakuan'.
Sesungguhnya, istighfar adalah pernyataan kehambaan kita kepada Allah Taala yang sangat tinggi nilainya. Dengan wujudnya rasa kehambaan ini akan terhakislah segala bisikan-bisikan nafsu Ammarah dan Lawwamah di hati dan fikiran kita insyaAllah..

Image result for istighfar


(Aku meminta ampun pada Allah yang Maha Agung, tiada tuhan selain Dia yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri, dan aku bertaubat pada-Mu). 







Asma’ul Husna 18 … Ar razzaq (Maha Pemberi rezeki)


Asma’ul Husna 18 … Ar razzaq (Maha Pemberi rezeki)
Dia yang memberi segala rezeki (nikmat) kepada hamba Nya.
Fadilat dan khasiatnya:
a. Orang yang mengamalkan zikir ini insyaAllah akan lapang penghidupannya dan mendapat rezeki yang tidak disangka sangka. Kaifiatnya begini: Setelah selesai mengerjakan solat subuh, berdirilah di sebelah kanan rumah dengan menghadap ke arah kiblat, kemudian baca Ya Razzaq sebanyak 10 kali. Kemudian berdiri di sebelah kiri rumah (menghadap kiblat) dan membaca Ya Razzaq 10 kali. Setelah itu pindah ke sebelah hadapan rumah, berdiri menghadap kiblat dan membaca zikir ini 10 kali. Dan yang terakhir berdirilah dengan menghadap arah ke kiblat di belakang rumah dan baca zikir ini 10 kali, insyaAllah akan murah rezeki orang yang mengamalkannya.
b. Sesiapa yang membaca Ya Razzaq 20 kali setiap hari yakni dibaca pagi pagi sebelum sarapan dan diwiridkannya selama 20 hari, insyaAllah dia akan diberi kefahaman yang mendalam dan sempurna dalam sesuatu perkara.
c. Orang yang berulangkali membaca zikir ini akan segala usahanya akan berjalan dengan lancar insyaAllah.

Doa Solat Dhuha


ALLAHUMMA INNADH DHUHA-A DHUHA-UKA, WAL BAHAA-A BAHAA-UKA, WAL JAMAALA JAMAALUKA, WAL QUWWATA QUWWATUKA, WAL QUDRATA QUDRATUKA, WAL ISHMATA ISHMATUKA. ALLAHUMA INKAANA RIZQI FIS SAMMA-I FA ANZILHU, WA INKAANA FIL ARDHI FA-AKHRIJHU, WA INKAANA MU’ASARAN FAYASSIRHU, WAINKAANA HARAAMAN FATHAHHIRHU, WA INKAANA BA’IDAN FA QARIBHU, BIHAQQIDUHAA-IKA WA BAHAAIKA, WA JAMAALIKA WA QUWWATIKA WA QUDRATIKA, AATINI MAA ATAITA ‘IBADIKASH SHALIHIN.
Artinya: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagunan-Mu, keindahan adalah keindahan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu, Wahai Tuhanku, apabila rezekiku berada di atas langit maka turunkanlah, apabila berada di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila sukar mudahkanlah, apabila haram sucikanlah, apabila jauh dekatkanlah dengan kebenaran dhuha-Mu, kekuasaan-Mu (Wahai Tuhanku), datangkanlah padaku apa yang Engkau datangkan kepada hamba-hambaMu yang soleh”.

Doa Murah Rezeki Dibaca Waktu Membuka Pintu / Tingkap




Di baca ketika membuka pintu atau tingkap-tingkap di rumah tempat kediaman atau di kedai-kedai perniagaan sendiri, bacaan tersebut di baca semasa membuat pekerjaan tadi hingga selesai.
(Di petik dari kitab “Amalan Kota Negara” amalan Allahyarham Tuan Hj. Muhammad Salleh bin Abdul Karim , cetakan 1978 Masehi/1398 Hijrah)

Melazimi 7 Zikir Pembuka Pintu Rezeki


1. Memperbanyak Membaca “La hawla Wala Quwwata Illa billah “
    Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak
    mengucapkan “La hawla Wala  Quwwata Illa billah ( HR. At Tabrani )

2. Membaca ” La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin”
    Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka
    bacaan itu  akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa
    takut dalam kubur  (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Melazimkan BerIstighfar
    “Barangsiapa melazimkan beristighfar niscaya Allah akan mengeluarkan dia dari
     segala kesusahan dan  memberikan rezki dari arah yang tidak diduga-duga”
     ( HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah )

4. Membaca Surat Al-Ikhlas
    “Barangsiapa mmbaca Surat Al Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan
     menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya ( HR. AtTabrani )

5. Membaca Surat Al-Waqiah
    “Barangsiapa mmbaca surat AlWaqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa
      kesempitan hidup"  (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab AlIman)

6. Memperbanyak Selawat Atas Nabi
    “Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan , bila telah berlalu sepertiga malam,
     Rasulullah Salallahu’alaihiwassalam berdiri seraya bersabda : “Wahai Manusia
     Berdzikirlah mengingat Allah, berdzikirlah mengingat Allah. Akan datang tiupan
     (sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang
     kematian dan segala kesulitan didalamnya”

7. Membaca Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim
    …dari setiap kalimat itu seorang malaikat yg bertasbih kepada Allah Ta’ala
    sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu”
    (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)


PANJANG2KAN AGAR KITA MENDAPAT KEBAIKAN BERSAMA... ILMU ADALAH MILIK ALLAH.... TIDAK PERLU MEMINTA IZIN UNTUK COPY PHASE....  ~~ AL





No comments:

Post a Comment